Popular Posts

Monday 10 December 2012

MUHASABAH SEORANG WANITA SOLEHAH ♫

              ♥ .:|:.  .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:.  .:|:.  ...





Jadilah seorang WANITA SOLEHAH....,


Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deen Allah,
Yang sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha Allah
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama para mujahiddah Allah

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat
Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang menghormati suaminya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan sunnah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesedaran
Kerana dia sedar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.



Jadilah seorang WANITA SOLEHAH
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan SYURGA ALLAH

Friday 23 November 2012

Buat Pemilik Cintaku Allah SWT



Assalammulaikum wbt.. buat pemilik cintaku Allah taala yg menciptakan dunia yg sungguh indah bagiku.. sudah lama tidak ku coretkan pengisian blog, kerana kesibukan ku.  Sesungguhnya kasih sayang Allah padaku tidak berbelah bahagi , disaat ku sedang diuji,  ia sentiase berada bersamaku walau  setiap masa ,detik  dan saat.. saban hari dengan tazkirah  dan usrah yang menjadi aktiviti wajib sepanjang cuti semesterku ,entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan "Cinta Allah". Sesungguhnya "Cinta Allah" tidak mengecewakan, baru saya sedar bahawa dalam hidupku ini ada Allah untuk dicintai, Allah sentiasa menanti gan penuh cinta terhadap hambanya. Saya mula bertekad mencari cinta agung itu . Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir , dan ketika itu juga istiqamah terutamanya tahajjud . Namun menyedari ada rahsia cinta Allah di sebalik amalan- amalan itu , saya paksa agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya dan darah daging saya.  Kadang-kadang perasaan terusik dengan godaan dunia, namun akan ku capai mencapai mardatillahku untuk menghabiskan  pengajianku, itulah doa ibu bapaku dan mengharapkan kejayaanku. Ku tutupkan hati cinta manusia yg tidak pernah menjanjikan kebahagiaan padaku supaya satu saat nanti Cintaku yg ku alirkan  adalah untuk tulang rusukku yg  Allah dah tetapkan adalah seorang suami yang halal. Teringat kata abah, abah dah tua, hanya kejayaan yang abah mahu dari anak3- anak abah.. mengalir air mataku. Janjiku pada keluarga, akan ku tunaikan janji amanat yang ibu abah beri padaku menhabiskan pengajian , menumpukan pengajian demi masa  depan keluarga. Walau bagaimanapun , aku tetap sangat menghargai setiap insan yang sudi menyematkan dalam senarai pilihannya , sungguh aku terharu , masih ramai gadis yang jauh lebih  baik daripadaku namun aku yang sudi dijadikan pilihan . insyallh setelah ijazah pertama , aku akan lebih bersedia , memikirkan soal rumah tangga . Ketika itu , insyallah membuat pilihan dengan penuh keyakinan dengan redha Allah swt..
Mengapa dicintai bukan mencintai?
Cuba renungkan seketika, tatkala Allah membenci kita adakah kita mampu untuk beribadah kepada Allah? Tidak! Kerana segala amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Dia adalah atas rahmat, kurnia dan cintaNya terhadap diri kita bukan atas kudrat kita sendiri.
Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur". Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya.
Apabila seseorang hamba dicintai Allah maka dia akan diberi kefahaman agama oleh Allah. Itu sudah cukup bagi mereka untuk mendepani kegilaan dunia ini yang sering menduga dan menguji keteguhan iman. Dalam hidup mereka susah senang tidak menjadi isu, tetapi redha Allah. Di situ lah kebahagiaan akan tercipta.
Takdir yang menimpa akan diolah dengan seni jiwa kehambaan. Yang tampak indah akan diawasi agar tidak hanyut dan leka. Yang tampak berbentuk musibah dihiasi dengan kesabaran. Kesabaran itu suatu kurniaan yang paling besar untuk seorang mukmin. Satu hadis qudsi berbunyi, "Timpakanlah kepada hambaKu musibah kerana aku ingin mendengar mereka merintih kepadaKu"
Wajarlah saat kita berkata, "Kebahagiaan itu bukan dicari tetapi diraih!" Sesungguhnya terdapat seribu satu kebahagiaan lagi di sisi kita yang kita tidak sedar. Mereka tersembunyi dalam sudut hikmah dan ibrah. Hanya dapat disingkap oleh tingkah laku manusia Ulul Albab dan orang-orang mukmin.
Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyebut, "Bahawa orang-orang beriman itu tidaklah berasa takut dan bersedih hati." Kerana mereka insan yang mengenal Allah dan seluruh sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan tidak menduga-duga takdirNya dengan suatu kesan dan hasil yang buruk.



Friday 19 October 2012

Saat mujahiddah...



Saat ku mujahiddah....
Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan kecantikan. Sungguh ironi, ianya dapat mendamaikan sekeping hati yang rawan.
Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan. Namun kesegaran itu hanya bisa terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita. Sungguh ironi, ianya dapat menenangkan hati yang terluka. 
Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya mampu terjelma setelah mendung yang menduga. Sungguh ironi, kerana  ianya mampu melegakan gelojak jiwa.
Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan?
Percayakah jika ku katakan hati itu adalah sangat keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan terbelah jua ianya. Demikianlah ku rasakan hatiku juga sungguh keras.
Kali terakhir air mata membelai pipi kira-kira 8-9 tahun yang lalu. Melihat orang menangis tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mungkin sebak, namun tiada istilah tangisan dalam hidup. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang ditulikan. Tuli dari merasakan getarnya amaran Allah dalam Al-Quran, tuli dari merasakan cinta pada Rabb dan Rasul.
Mungkin hati itu tidak pernah merasa apa itu cinta sebenar kerana ia telah tertutup untuk merasakan cinta pada Allah dan Rasul. Mendengarkan penderitaan Rasulullah dan Sahabat langsung tidak meninggalkan parut di hati.


"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapar azab yang amat berat"

(Surah al-Baqarah ayat 7)


Maka, apa lagi gunanya hatiku ini. Tidak mampu lagi merasa Kasih dan Sayang Allah padaku. Hati menjadi keras kerana noda-noda hitam telah membalutinya. 'Cirrhosis' jika mengikut istilah perubatan. Hati yang telah keras dan buruk sehingga menjejaskan anggota tubuh badan yang lain. Selayaknya menjalani pembedahan menggantikannya dengan hati yang baru. Teringat Firman Allah;




"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta"

(Surah al-Baqarah ayat 10)


Namun, di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku.. air mata lah yang menjadi suri peneman hidupku. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, air Mata juga lah yang menjadi penawar tiap kedukaan yang menyapaku. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ku cuba selongkar tiap hikmah yang tersirat di dalam ujian yang dihantarkan kepadaku.

Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di tengah jalan saat orang ramai di sepanjang jalanan. Saat berkurung dibilik, air mata berjurai laju. Saat ke kelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak bisa ternampak oleh rakan-rakan.

Allah itu Maha Mengetahui. Hati yang keras dan kalis tangisan, kini lebur. Begitu berat ujian yang diberikan Allah sehingga hati yang keras telah cair dibasahi tangisan. Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang lahir dari syaitan, menangisi masa depan yang tak mampu difaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu di depan mata, tapi tidak mampu merasainya.

Tangisan itu hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat.
Lalu dia bertanya padaku, "Untuk apakah dan siapakah tangisanmu sedangkan seharusnya tangisan mu di hadapan Allah?"
Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan " Untuk siapa kau rasa?" dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini?
Aku kembali teringat akan satu peristiwa dipagi hari, saat tidur di kamar sahabat tersebut, terjaga di sepertiga malam, terdengar sendu tangisnya di dalam tahajjud, cintanya bersujud menghadap Ilahi. Hati turut menjadi sayu mendengar sendunya, tetapi tertanya mengapa dia menangis? Aku bertanya padanya selepas itu " Mengapakah kau menangis?". Jawabnya, " Kerana aku merasa sungguh kerdil di hadapan Allah, maka aku menangis".
Mendengarkan jawapan tersebut aku terpana. Aku tertanya, jika tangisnya untuk Allah, maka untuk siapakah tangisku? Baru kusedar, tangisan ku hanya untuk dunia, maka ia tiada nilai. Pernah ku terbaca 
sebuah hadith Nabi dalam sebuah buku karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, " Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?" Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.

Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.
Betapa besar nilai sebuah tangisan yang belum kita faham. Jauh dari kefahaman itulah, air mata itu tumpah hanya sia-sia.
Kini baru kufahami hikmah disebalik ujian yang sangat berat yang telah kuhadapi. Allah ingin melembutkan hati yang telah keras. Hati yang perlu dibasahi dengan tangisan menghadap-Nya. Namun, Allah tidak membiarkanku lemas dalam lautan air mata dunia. Di datangkan seorang sahabat setia untuk mengingati yang terlupa walau selaut dosa kuhampar padanya. Bahawa sesungguhnya, tangisan itu hanya selayaknya untuk Allah sahaja. Sungguh Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani. Memberi ujian untuk hamba-Nya dalam segunung hikmah yang sukar difahami.

Maka, tanyalah kembali diri kita, kemana telah tumpahnya air mata kita?Adakah dihadapan Allah kerana takutkan dosa yang menggunung sedangkan amal tidak bertambah? Atau didepan dunia yang hanya sementara. Kiralah berapa banyak tumpahnya air mata untuk kekasih hati bila putus cinta? Kiralah betapa banyak air mata tumpah kerana kehilangan harta disayangi. Kiralah berapa banyak air mata tumpah mengenangkan ahli keluarga tersayang yang telah pergi. Kiralah berapa banyak air mata yang tumpah kerana perkara yang sia-sia. Kiralah air mata itu, walau selautan jumlahnya, namun tangisan itu tiada bermakna. Tidak bernilai disisi Allah Taala, kerana ia bukan tumpah kerana cinta dan kasih hanya kepada-Nya.
Di akhirat kelak, Allah akan mengurniakan sebuah bendera yang berwarna warni kepada golongan air mata yang tumpah hanya pada-Nya. Meraka akan berada dibawah panji-panji itu yang diserahkan kepada Nabi Nuh sebagai ketuanya.
Nabi Nuh As dipilih mengetuai golongan air mata kerana pengalaman hidupnya yang dipenuhi pelbagai kepahitan, kesengsaraan, ancaman dan tentangan. Tatkala Rasulullah SAW bersedih kerana perjuangan baginda yang sukar, Allah mewahyukan perihal Nabi Nuh, yang jauh lebih getir perjuangannya untuk memotivasikan Baginda dan para sahabat.
Dicelah-celah kegersangan hati dan sukma, basahkan lah ia dengan tangisan sebagai sebenar-benar hamba.. Alirkanlah ia dan persembahkanlah hanya kepada Allah semata. Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia. Kini biar la ia tumpah di medan perjuangan ini, bukan kerana sedih atau berputus asa, tetapi kerana mendamba kasih dan Rahmat Ilahi dan cinta baginda, Muhammad SAW.
 

Sungguh besar nilai sebuah tangisan untuk Ilahi itu, umpama besarnya seperti darah syuhada' dan dakwat para ilmuan. Tangisan yang lahir dari hati yang mendambakan Allah bukan mudah untuk datang. Maka, ku syukuri setiap ujian yang menduga kerana dengan ujian itulah hati yang keras menjadi lembut. Hanya dengan ujianlah membawa hati lebih ingat kepada tuhanku dan hanya dengan ujian hati ini sentiasa tenang dalam rahmatNya.


Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Mu"



Friday 14 September 2012

Khabarkanlah Cintamu Kepada Allah



"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.

3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik. 

Wednesday 8 August 2012

Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?

         Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?  

Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini?

Cinta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah.. Bila Tujuannya Kerana Allah.. Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah..

JiKa engkau suDah mengenal ALLAH,
maka cukUplah ALLAH di hatimu,
WaHai hati, engKAu mengakui
mencintai ALLAH, sedangkan engKau
berMaksiat kepaDa-Nya,
wahai jiWa, bukankah seoRang pencinta
akan tunduk kepada yang di Cintai nYa??

Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam! Jiwa pemuda yg sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir mjd kuncup kerana terjerat dgn percintaan.. Jiwa pemudi yg sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan di dada mjd kotor dek cinta yg ternoda..

Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan..antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman.. antara dunia dan akhirat, dua2 kena seimbangkan.. andai nafsu, syaitan dan dunia semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadapNya..

Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak, kau takkan kecewa..salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia..suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka..siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran..bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..


Thursday 19 July 2012

Jambatan Cinta Ilahi



Penerbangan yang memakan masa dua setengah jam memang membosankan. Melihat penumpang lain bersiap untuk melelapkan mata, saya mengambil keputusan untuk menyertai mereka. Tapi mata saya langsung tidak mahu lelap.
Rasa sedih berpisah dengan keluarga benar-benar mengganggu fikiran saya. Saya juga tidak selesa kerana beg yang saya letak di bahagian tepi menyempitkan tempat duduk. Saya keluarkan isi yang membuatkan beg saya menjadi besar, dan ternyata ianya tafsir Al-quran yang ibu saya hadiahkan .
"Ini jambatan kita kepada Allah. Insya-Allah, kita kekal dicintai Allah selagi berpegang pada ini," kata adik saya semasa memberikan tafsir Al-Quran itu.
Tafsir kitab suci itu comel sahaja bentuknya. Kulitnya berwarna hijau pucuk pisang. Ibu saya berikan sewaktu kami sama-sama berpisah daripada keluarga tercinta demi saya menuntut ilmu di jalan Allah. Walaupun dipisahkan  sementara.. namun hatiku ttp merindukan ibu bapaku...mungkin selama ini berkepit dgn mereka.. namun saya mengganggap langkah positif.. berpisah sementara...
Kerana tidak mahu ibu berkecil hati, saya menerimanya tanpa ada apa-apa perasaan selain sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga. Waktu itu saya selalu berfikir.. mengapa disana bukan disini...namun setelah lama berada disni.. ana telah jatuh cinta dgn negeri ini...
Lama saya memegang tafsir itu. Kerana tidak tahu mahu buat apa dengan tafsir itu (saya risau juga untuk meletakkannya di mana-mana sesuka hati), maka saya tergerak hati (Alhamdullilah, masa itu saya membacanya. Halaman pertama:
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "
(Surah al-Fatihah, ayat 1 hingga 7)
Perlahan, air jernih berguguran dari mata saya. Benar Allah Maha Berkuasa. Hanya padaNya kita dapat memacu segala pengharapan. Saya pernah diberitahu perkara itu. Bukan sekali, malah sepanjang dua belas tahun tempoh persekolahan menengah dan rendah ustaz dan ustazah yang mengajar sering mengingatkan.
Tapi kali ini, kata-kata Allah itu sampai di hati saya melalui tafsir al-Quran. Tafsir kitab suci yang Allah hadiahkan kepada hambaNya sebagai jambatan merasai cintaNya.

Saya menyelak lagi halaman yang seterusnya:
"Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. "
(Surah al-Baqarah, ayat 1 hingga 5)
Segalanya tentang kehidupan terkandung di dalam al-Quran. Sejuta buku tidak akan mampu menghuraikan setiap inci erti hidup melainkan al-Quran.
Ternyata benar, hati yang gersang jika mencari dalam kitab yang kudus akan menjumpai lebih daripada apa yang dicari. Akan terungkai setiap yang diragui, akan terjawab setiap persoalan sekiranya pencarian berpusat pada yang Maha Sempurna.
Salah satu hadiah Allah kepada kita, hamba akhir zaman ini, adalah al-Quran. Hadiah inilah yang menjadi jambatan untuk kita merasai cintaNya (insya-Allah).
Saya tidak sempat menghabiskan bacaan tafsir. Dua setengah jam masa penerbangan yang awalnya saya rasa terlalu panjang menjadi sangat singkat. (Pada masa itu terdetik di fikiran saya, seandainya maut menjemput saya sesaat lagi saya akan sangat rugi kerana tidak sempat mengerti erti hidup.)
Sampai sahaja di destinasi, saya lantas mengambil telefon bimbit dan mencari nombor telefon ibu saya. Ibu saya sudah lama tiba disana.. dan ayat pertama yg ana ingat sewaktu tuh adalah “ibu along sayang ibu dan abah kerana Allah “hanya air mata bergenang.. tp aku pandai menyembunyikan emosiku.. namun terlerai jugak...
"Syukran,. Tafsir al-Fatihah dan al-Baqarah sudah habis saya baca. Lepas ini saya mahu baca surah al-Imran. Subhanallah, Ibu, terima kasih menghadiahkan sesuatu yg amat bermakna bgi along bestnya tafsir." Di hujung talian telefon itu saya dapat merasakan yang ibu saya sedang tersenyum.. dan menangis menusuk di kalbu...


Friday 15 June 2012

ANDAI DIA MILIKKU ..


ANDAI DIA MILIKKU ..



Biarlah dia seorang yang buta,
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha.
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi..

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Illahi ,matanya terang melihat keindahan tulisan kitab Allah..

Biarlah dia seorang yang bisu,
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan..
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran,
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran,

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan.
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah menyuarakan kebenaran dan bukannya mengajak ke arah kemungkaran.

Biarlah dia seorang yang bakhil,
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya..
Bakhil dalam meluangkan masa untuk bertemujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya...
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya.

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya.Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya .
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran ke arah kebaikan.

Biarlah dia seorang yang papa,
Papa dalam melakukan perkara maksiat.
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah.

Tetapi dia cukup kaya...dalam pelbagai ilmu pengetahuan.Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia..

Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya.
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah..

InsyaAllah,moga dia menjadi milikku..

Sunday 3 June 2012

Nasihatku Buatmu...

                                                             Nasihatku Buatmu...

                                                               Nasihatku Buatmu....

Jika kau belom berkahwin , kejarlah Allah SWT sebelom mengejar cinta lelaki . Tanpa reda Allah SWT , andai dirinya kau miliki sekalipun , kau pasti takkan bahagia . Percayalah , sia-sia segala usaha yg kau curahkan atas dasar maksiat . Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu .

                                                                Nasihatku Buatmu....

Kerana asyik bercinta , mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yg mudah menyerah. Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula , biasanya mereka akan mencari gadis yg terpelihara dan terjaga...

                                                               Nasihatku Buatmu...

Jika kau seorang isteri , hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya . Cukuplah degan apa yg dia mampu berikan dan jangan sesekali meminta apa yg diluar kemampuannya . Hatta , walaupun mereka mampu memberikan segalanya padamu , jangan sekali-kali menunjukkan peribadimu yg cinta dunia kepadanya . Ia takkan membahagiakan .

                                                               Nasihatku Buatmu...

Jika kau seorang suami , tiada rsipi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumahmu kearahnya . Moga cintamu berkekalan hingga ke syurga.


Cemburukan Bidadari :
" sesungguhnya bagi Tuhan kamu atas kamu ada haknya , dan bagi diri kamu atas kamu ada haknya dan isteri kamu atas kamu ada haknya . Oleh itu berilah tiap-tiap yg mempunyai hak akan haknya. "
                                                                                               ( Riwayat al-Bukhari )