Popular Posts

Wednesday 4 April 2012

Antara Aku Dan Kehidupan

Kehidupan memberi seribu makna terhadap diriku. Kadang2 kita alpa sebagai hamba Allah swt .Aku amat mencintai bidang pendidikan, kerana cinta2 ku adalah memberi ilmu , mungkin kerana aku adalah pendengar yang setia . Seribu persoalan di mindaku , kadang apa yang aku dapat perhatikan, manusia mudah tewas kepada hasutan syaitan . Nauzubillahminzalik ......


Apa yang dapat aku tafsirkan , pelbagai ragam dalam arus permodenan . Bukan senang untuk kita berdakwah , dakwah yang pertama haruslah bermula dengan diriku sendiri dan selagi nafas ku tidak terhenti , aku akan terus berjuang untuk menyebarkan agama Allah .


Aku teringat kata2 seorang hamba Allah, Negeri Kelantan Seindah Namamu..Tanah serendah sekebun bunga, Cik Siti Wan Kembang cukup indah namamu..Akan ku taat menjunjung Al-Quran, tersentuh hati kudusku apabila 3 tahun berada di sini , banyak memori indah tercipta disini kerana banyak sudah aku pelajari . Pasti aku akan merinduimu Kelantan, entah bila kita akan bertemu kerana berpisah apabila tamatnya pendidikan ku disini , namun perjuangan ku tidak akan terhenti..insyallah.


Kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan yang tidak akan terhenti. Sejak lahir dari awal sehinggalah ke akhir hayat , kita akan terbiasa dengan perjuangan tanpa kita sedari , dan setiap hamba Allah akan kembali berjuang agama Allah .


Di sebalik kepekatan Jahiliyyah , ada manusia yang terpilih pilihannya , sebagai penyuluh cahaya di dalam kegelapan , dan penunjuk jalan daripada kesesatan . Namun kepada jalan menuju Allah SWT , bersama gelombang dakwah dan membawa semboyan islam . Selain itu sebagai penghancur puaka Jahiliyyah dan menggerakkan Iman yg terlelap . Ayuh bangkitlah menggoncangkan jiwa yang terlelap dan membangkitkan  ummah yg ternyenyak . Ummah terjaga dari tido yang panjang dan tersentak dari lamunan. Ayuh ummah kembali bangun dan bangkit bersama Deruan Islam untuk meleburkan kegelapan Jahiliyyah dengan sinar Fajar Islam , sebagai Rahmat buat sekalian alam . Marilah bersama kita memimpin ummh ini..insyallah... ITTAQILLAH SUMA KUNTA .....

4 comments:

  1. insyallah izzudin..fira ade lgi satu sem dsni... mstilah kite konvo sme kan...see you at shah alam..gud luck my friend...

    ReplyDelete
  2. yes..good..selagi terdaya, jom berdakwah. melalui penulisan pn boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulilh zarul.. insyalla..akan ku lakukan.. walau ia kecil..tetapi mmberi makna berharga bgiku..awk pun blh jugak..apa lgi jommmm ^_^

      Delete