Nur Pemilik cintaku...." suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu.jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu ." (Adaptasi kata2 Imam al-Nawawi ).Terzahir jua rahsia jodoh terbaik yanh hanya tersembunyi di antara diri kita dengan Allah SWT
Popular Posts
-
Bismillahhirahmanirrahim.. Pertama kalinya pakai niqab ni bukanlah sebab disuruh oleh sapa2 pun.. Bukan jua sebab memiliki wajah yan...
-
Bismillahirahmanirrahim.. kisahmuallaf.com – Sejak kecil Michelle Ashfaq bercita-cita menjadi seorang biarawati. Saat masih kecil, ...
-
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم `*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah...
-
Aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu ...
-
Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain...
-
Ya Allah ......Kuatkanlah kami bermuhajadah, Mendambakan Cinta-Mu yg terindah,Cinta manusia hanyalah Wasillah , Menagih rahmat dan maghfira...
-
HAWA MENGENALI ADAM : TULANG RUSUK MENGENALI SIAPA PEMILIKNYA “Sejak diturunkan ke bumi, Hawa terus memikirkan Nabi Adam. Bagaim...
-
Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cin...
-
♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ :. ♥ .:|:. ♥ ... Jadilah seorang WANITA...
-
"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya...
Friday 13 April 2012
Demi cintaku pada mu Ya Allah
Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
coretan ku ini adalah seorang wanita yang mahu kembali cinta kepada Allah..semoge ia dapat dijadikan iktibar untuk diriku dan sahabat2 ku.. aku doakan wanita tersebut mencapai ke jalan yg diredoi..iaitu cinta kepada Allah swt..dan yakin pasti saat nanti akan ditemukan dengan calon soleh yg dapat membawa ke syurga , dan menjadi pemimpin dalam mendidik ulama..insyallah..salam sayang dari ana buat kalian..Assalammualaikum...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment