Popular Posts

Wednesday 4 April 2012

Nur Pemilik Cintaku

Assalammualikum terima kasih kepada sahabatku kerana memperkenalkan blog kepadaku, sudah lama aku mengidamkan sebuah blog... Alhamdulilah... walaupun aku tidak pernah bertemu dengan sahabtku, aku tahu dia seorang sahabat yang baik yang mempunyai prinsip tegas dalam sesuatu tindakan . Insyallah kita akan bertemu suatu hari nanti dengan izin Allah SWT.

Aku merupakan seorang gadis biasa yang mempunyai impian yang tinggi untuk mendapatkan cinta dari Allah . Walaupun diriku sering diuji, aku terima dengan redhanya , kerana aku yakin cintaku hanya padamu ya Allah...

"   Nur Pemilik Cintaku "

 {Sajak untuk bakal calon Imamku}

       











       Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada Allah,
       Tetapi sekiranya ,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya .
       Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
      Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang,
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
       Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
        Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
         Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang,
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku.

No comments:

Post a Comment