Popular Posts

Monday 7 May 2012

Nawaitu Kita Bertudung...

Alhamdulilah mutakhir ini kita lihat rata-rata wanita bertudung . Selain orang ramai yg mempunyai kesedaran , malah pasukan keselamata dan jururawat pun sudah boleh bertudung..alhmulilh ia satu perubahan yg baik dan positif...

Seperti yg kita thu, pada tahun 60 an dahulu sukar kita melihat wanita bertudung . kalau ada pun di kalangan wanita tua atau guru agama sahaja . Itu pun tudung ala kadar je  yg hnye diletakkan atas kepala , tidak betul2 menutup rambut.. selain itu pemakaian tuudng begini juga dipakai waktu menziarahi kematian atau menghadiri kematin atau majlis agama di masjid atau surau ....

Tetapi pada tahun 70 -an muncul gerakan dakwah dengan memberi kesedaran..alhamdulilh mengajak masyarakat menutup aurat . Sebagai amalinya , isteri dan anak-anak gadis yg diwajibkan memakai tudung yg menepati tuntutan menutup aurat . Tetapi pada waktu itu , amalan ini dipandang serong , malah dianggap sebagai ajaran songsang atau ekstrem.... tidak wajar dituduh begitu.. hatiku memberontak...
namun atas dasar istiqamah uasaha dakwah mereka , hasilnya dapat dikecap hari ini. Sedikit demi sedikit , kesedaran masyarakat dapat dibina . Hari ini pemakaian tudung sudah tidak janggal lagi bahkan sebaliknya timbul rasa segan pula kalau tidak bertudung . Maka , ada wanita yg terpaksa bertudung apabila melihat majoriti wanita lain sudah bertudung .

Memeriksa nawaitu itu sendri perlu..secara positifnye , saya percaya ramai yg bertudung atas kesedaran bahawa menutup aurat itu wajib , di mana aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan . Namun tidak dinafikan sebahagian yg lain bertudung kerana terpaksa atau ikut- ikutan sahaja . Oleh sebab itu , ada pelajar yg keluar sahaja dari pintu pagar sekolah... terus ditanggalkan tudungnya....Ada yg bertudung hnya di tempat kerja sahaja , tidak apabila keluar bersosial atau membeli belah...

Saya percaya , tindakan ini disebabkan mereka tidak faham hakikat yg sebenarnya menutup aurat , malah ada sesetengahnya tidak tahu batasan aurat yg harus ditutup...subhanallah..

Akhir kata dri saya.. tutup lah aurat supaya selamat kerana dirimu amat berharga kerana bernama wanita muslimah...

No comments:

Post a Comment