Popular Posts

Thursday 19 July 2012

Jambatan Cinta Ilahi



Penerbangan yang memakan masa dua setengah jam memang membosankan. Melihat penumpang lain bersiap untuk melelapkan mata, saya mengambil keputusan untuk menyertai mereka. Tapi mata saya langsung tidak mahu lelap.
Rasa sedih berpisah dengan keluarga benar-benar mengganggu fikiran saya. Saya juga tidak selesa kerana beg yang saya letak di bahagian tepi menyempitkan tempat duduk. Saya keluarkan isi yang membuatkan beg saya menjadi besar, dan ternyata ianya tafsir Al-quran yang ibu saya hadiahkan .
"Ini jambatan kita kepada Allah. Insya-Allah, kita kekal dicintai Allah selagi berpegang pada ini," kata adik saya semasa memberikan tafsir Al-Quran itu.
Tafsir kitab suci itu comel sahaja bentuknya. Kulitnya berwarna hijau pucuk pisang. Ibu saya berikan sewaktu kami sama-sama berpisah daripada keluarga tercinta demi saya menuntut ilmu di jalan Allah. Walaupun dipisahkan  sementara.. namun hatiku ttp merindukan ibu bapaku...mungkin selama ini berkepit dgn mereka.. namun saya mengganggap langkah positif.. berpisah sementara...
Kerana tidak mahu ibu berkecil hati, saya menerimanya tanpa ada apa-apa perasaan selain sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga. Waktu itu saya selalu berfikir.. mengapa disana bukan disini...namun setelah lama berada disni.. ana telah jatuh cinta dgn negeri ini...
Lama saya memegang tafsir itu. Kerana tidak tahu mahu buat apa dengan tafsir itu (saya risau juga untuk meletakkannya di mana-mana sesuka hati), maka saya tergerak hati (Alhamdullilah, masa itu saya membacanya. Halaman pertama:
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "
(Surah al-Fatihah, ayat 1 hingga 7)
Perlahan, air jernih berguguran dari mata saya. Benar Allah Maha Berkuasa. Hanya padaNya kita dapat memacu segala pengharapan. Saya pernah diberitahu perkara itu. Bukan sekali, malah sepanjang dua belas tahun tempoh persekolahan menengah dan rendah ustaz dan ustazah yang mengajar sering mengingatkan.
Tapi kali ini, kata-kata Allah itu sampai di hati saya melalui tafsir al-Quran. Tafsir kitab suci yang Allah hadiahkan kepada hambaNya sebagai jambatan merasai cintaNya.

Saya menyelak lagi halaman yang seterusnya:
"Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. "
(Surah al-Baqarah, ayat 1 hingga 5)
Segalanya tentang kehidupan terkandung di dalam al-Quran. Sejuta buku tidak akan mampu menghuraikan setiap inci erti hidup melainkan al-Quran.
Ternyata benar, hati yang gersang jika mencari dalam kitab yang kudus akan menjumpai lebih daripada apa yang dicari. Akan terungkai setiap yang diragui, akan terjawab setiap persoalan sekiranya pencarian berpusat pada yang Maha Sempurna.
Salah satu hadiah Allah kepada kita, hamba akhir zaman ini, adalah al-Quran. Hadiah inilah yang menjadi jambatan untuk kita merasai cintaNya (insya-Allah).
Saya tidak sempat menghabiskan bacaan tafsir. Dua setengah jam masa penerbangan yang awalnya saya rasa terlalu panjang menjadi sangat singkat. (Pada masa itu terdetik di fikiran saya, seandainya maut menjemput saya sesaat lagi saya akan sangat rugi kerana tidak sempat mengerti erti hidup.)
Sampai sahaja di destinasi, saya lantas mengambil telefon bimbit dan mencari nombor telefon ibu saya. Ibu saya sudah lama tiba disana.. dan ayat pertama yg ana ingat sewaktu tuh adalah “ibu along sayang ibu dan abah kerana Allah “hanya air mata bergenang.. tp aku pandai menyembunyikan emosiku.. namun terlerai jugak...
"Syukran,. Tafsir al-Fatihah dan al-Baqarah sudah habis saya baca. Lepas ini saya mahu baca surah al-Imran. Subhanallah, Ibu, terima kasih menghadiahkan sesuatu yg amat bermakna bgi along bestnya tafsir." Di hujung talian telefon itu saya dapat merasakan yang ibu saya sedang tersenyum.. dan menangis menusuk di kalbu...