Popular Posts

Friday 23 November 2012

Buat Pemilik Cintaku Allah SWT



Assalammulaikum wbt.. buat pemilik cintaku Allah taala yg menciptakan dunia yg sungguh indah bagiku.. sudah lama tidak ku coretkan pengisian blog, kerana kesibukan ku.  Sesungguhnya kasih sayang Allah padaku tidak berbelah bahagi , disaat ku sedang diuji,  ia sentiase berada bersamaku walau  setiap masa ,detik  dan saat.. saban hari dengan tazkirah  dan usrah yang menjadi aktiviti wajib sepanjang cuti semesterku ,entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan "Cinta Allah". Sesungguhnya "Cinta Allah" tidak mengecewakan, baru saya sedar bahawa dalam hidupku ini ada Allah untuk dicintai, Allah sentiasa menanti gan penuh cinta terhadap hambanya. Saya mula bertekad mencari cinta agung itu . Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir , dan ketika itu juga istiqamah terutamanya tahajjud . Namun menyedari ada rahsia cinta Allah di sebalik amalan- amalan itu , saya paksa agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya dan darah daging saya.  Kadang-kadang perasaan terusik dengan godaan dunia, namun akan ku capai mencapai mardatillahku untuk menghabiskan  pengajianku, itulah doa ibu bapaku dan mengharapkan kejayaanku. Ku tutupkan hati cinta manusia yg tidak pernah menjanjikan kebahagiaan padaku supaya satu saat nanti Cintaku yg ku alirkan  adalah untuk tulang rusukku yg  Allah dah tetapkan adalah seorang suami yang halal. Teringat kata abah, abah dah tua, hanya kejayaan yang abah mahu dari anak3- anak abah.. mengalir air mataku. Janjiku pada keluarga, akan ku tunaikan janji amanat yang ibu abah beri padaku menhabiskan pengajian , menumpukan pengajian demi masa  depan keluarga. Walau bagaimanapun , aku tetap sangat menghargai setiap insan yang sudi menyematkan dalam senarai pilihannya , sungguh aku terharu , masih ramai gadis yang jauh lebih  baik daripadaku namun aku yang sudi dijadikan pilihan . insyallh setelah ijazah pertama , aku akan lebih bersedia , memikirkan soal rumah tangga . Ketika itu , insyallah membuat pilihan dengan penuh keyakinan dengan redha Allah swt..
Mengapa dicintai bukan mencintai?
Cuba renungkan seketika, tatkala Allah membenci kita adakah kita mampu untuk beribadah kepada Allah? Tidak! Kerana segala amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Dia adalah atas rahmat, kurnia dan cintaNya terhadap diri kita bukan atas kudrat kita sendiri.
Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur". Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya.
Apabila seseorang hamba dicintai Allah maka dia akan diberi kefahaman agama oleh Allah. Itu sudah cukup bagi mereka untuk mendepani kegilaan dunia ini yang sering menduga dan menguji keteguhan iman. Dalam hidup mereka susah senang tidak menjadi isu, tetapi redha Allah. Di situ lah kebahagiaan akan tercipta.
Takdir yang menimpa akan diolah dengan seni jiwa kehambaan. Yang tampak indah akan diawasi agar tidak hanyut dan leka. Yang tampak berbentuk musibah dihiasi dengan kesabaran. Kesabaran itu suatu kurniaan yang paling besar untuk seorang mukmin. Satu hadis qudsi berbunyi, "Timpakanlah kepada hambaKu musibah kerana aku ingin mendengar mereka merintih kepadaKu"
Wajarlah saat kita berkata, "Kebahagiaan itu bukan dicari tetapi diraih!" Sesungguhnya terdapat seribu satu kebahagiaan lagi di sisi kita yang kita tidak sedar. Mereka tersembunyi dalam sudut hikmah dan ibrah. Hanya dapat disingkap oleh tingkah laku manusia Ulul Albab dan orang-orang mukmin.
Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyebut, "Bahawa orang-orang beriman itu tidaklah berasa takut dan bersedih hati." Kerana mereka insan yang mengenal Allah dan seluruh sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan tidak menduga-duga takdirNya dengan suatu kesan dan hasil yang buruk.



No comments:

Post a Comment