Popular Posts

Thursday 17 December 2015

coretan Diari Ustaz Ebit






Seorang lelaki jumpa saya tanya. Ustaz isteri saya pemarah. Dia tak sayang saya. Dia tak layan saya dengan baik.

Dia kasar dengan saya. Dia tak masak untuk saya. Dia kuat membebel. Dia utamakan mak ayah dia. Dia tak romantik. 

Dia tak manja. Dia tak fahami saya. Saya pun tak faham perangai dia...
Saya jawab padanya abang tak memahaminya sebab tu dia tak faham abang.





Ish bukan macam tu ustaz..
Beginilah abang. Allah sayang abang. Hakikatnya perangai semua orang tak sama. Tapi saya faham, hati manusia dalam genggaman Allah.
Dalam hadis Nabi saw, barangsiapa tidak mengasihi dia tak dikasihi..
Berilah rasa cinta dan sayang. InsyaAllah kita akan dicintai dan disayangi. Berilah senyuman, orang senyum pada kita. Layanlah isteri kita. Kita akan dilayan. Sayangilah mak ayah mertua kita. Pasangan kita akan sayang mak ayah kita.. Godalah isteri kita. Isteri kita akan goda kita. Bermanjalah dengan isteri kita. Dia akan bermanja dengan kita. Rasulullah saw selalu baring atas riba isterinya.
Bila kita memberi insyaAllah pasti kita akan menerima. Apa yang kita enggan beri pada orang, mencerminkan apa yang kita enggan beri..
Belajar mencintai dan mengasihi. Semua orang dahagakan belaian dan kasih sayang.
Paling utama kita minta pada Allah. Dialah yang menguasai urusan hati. Dia mengausai segalanya..
Semakin kita rapat dengan seseorang kadang-kadang semakin banyak buruknya kita nampak. Bila kita rapat pada Allah semakin bahagia dan semakin kita melihat kebesaran, kehebatan , kebaikannya. Rahmatnya..Oleh itu pimpinlah cinta kita kerana Allah. Bawalah pasangan pada Allah. Kita akan semakin bahagia dan mendapat cinta yang hakiki.....