Popular Posts

Friday, 19 July 2013

Kenapa kak Nur Pakai Niqab? ini jalanku .....


Bismillahhirahmanirrahim..
 Pertama kalinya pakai niqab ni bukanlah sebab disuruh oleh sapa2 pun.. Bukan jua sebab memiliki wajah yang anggun & menawan tetapi lebih kepada untuk menjaga hati... Bukan mudah untuk menjaga hati... susah.. payah.. Jadi dengan berniqab sekurang2nya tidak perlu nak pikir apa2 dah..sebab tidak ada sapa2 yang tengok muka kita dah... Dan tak adalah pula timbul istilah perasan & syok sendiri apabila orang tengok... Hati pun jauh dari Riya'.. InsyaAllah... Semoga Allah memelihara hati ini...amin...

Assalamualaikum
Ana rasa hari ni dah genap 2 tahun lebih ana mengenakan niqab,Alhamdulillah ana makin selesa mengenakan pakaian sunah Rasulullah dan pakaian isteri-isteri nabi, ,ana rasa ana selamat sebab orang tak kenal siapa ana,entah,kalau korang nak rasa macam mana ana rasa ni,cubalah mengenakan niqab.Sejak ana pakai niqab ni ramai hamba Allah yang tanya soalan dekat aku,soalan yang macam-macam,yang pandang aku macam nak makan aku tu ada jugak.Waktu ana keluar iftar dengan Malaysian Hijabers Community dekat KLCC,ana mengenakan niqab,ada je mata yang memandang seolah-olah pelik sebab ada wanita yang hangout dengan Group tapi mengenakan niqab,The best thing is,kalau kita bertudung kita tak payah fikir style rambut apa yang kita nak buat,kalau pakai niqab,semua tak payah nak fikir,makeup tak payah,just sarung je niqab tu.Heaven kan?tak payah nak duduk berjam-jam depan cermin untuk makeup.Yang penting sekali adalah ALLAH AKAN MENJAGA KITA.!

Dekat sini ana listkan beberapa soalan yang ditanyakan kepada ana di laman sosial macam facebook dunia reality tak kurang jugak didepan ana..,



#Apa yang membuatkan  akak pakai niqab ?
Apa yang membuatkan eh?Mungkin jawapan ini akan lebih jelas kalau adik-adik sayangku semua membaca entri akak yang lepas.Kalau tak faham tanya tau sayang :)

#Best ke pakai niqab ni?
Best la pakai niqab ni sebab apa?Sebab kita boleh menjaga diri kita dan perilaku kita dari membuat perkara-perkara yang dilarang contohnya kalau kita nak keluar berdua dengan lelaki bukan mahram kita rasa takut,rasa bersalah,mesti nak kena keluar beramai-ramai.Automatik perangai kita akan terus berubah.Lain dari waktu kita berhijab sahaja tapi tidak berniqab.

#Apa perasaan akak bila keluar pakai niqab?
Satu perasaan yang tak boleh nak digambarkan.Firstly orang akan pandang kita dengan pelik,biasalah pergi Bandar atau di mana aje ,bandar,pakai niqab,kan agak rare?Tapi macam biasalah akak buat tak tahu je,Buat apa nak ikut pandangan orang,bukan ada manfaat pon kan.Secondly,kita ada safety,takde lelaki yang hatinya berpenyakit dok kacau kita,mintak nombor telefon semua.Thirdly,rasa dijaga oleh Allah.Seriously :,)

#Mak ayah tahu tak akak pakai niqab ni?
Alhamdulillah.. pada permulaannya mereka mmbantah apa yg akk ingini.. alhamdulilah doa yg tidak putus3 agar dilembutkan hti mereka.. termakbul.. dan sekrg akk bebas keluar dgn family dalam keadaan berniqab.. dan akk selesa sgt4.. istikrah dilakukan.. alhmdulilah ini jalan yg akk pilih..^-^

#kalau dekat University akak pakai tak niqab?
MasyAllah sungguh akak terkilan sebab tempat belajar akak tak bagi muslimah untuk pakai niqab,sebab takut ada manusia menyamar dan sesiapa yang pakai akan disaman dan dulu pernah muslimah yang pakai niqab dibuang dari Universiti akak tu.Subhanallah.Tapi apa yang akak belajar,akak pegang pemakaian niqab ini pada sunnah.Kalau sesebuah institusi tu tak bagi kita pakai niqab,jadi kita jangan pakai.Tak menjadi satu masalah pon,tapi agak kecik hati dengan institusi yang tak pandang tinggi pada muslimah berniqab.

#kenapa sekejap pakai sekejap tidak ni?*sambil gelak dekat akak
Sayangku,akak pakai bukak tutup sebab akak berada di institusi yang melarang akak dari memakai niqab,mungkin adik semua tak faham lagi berniqab itu apa dan bagaimana.Selama akak belajar pakai niqab,akak keluar je dari hostel akak pakai niqab,peduli apa akak,lepastu bila depan guard akak terpaksa bukak sebab takut kena saman dan kena tindakan.Bila keluar Institusi tu,akak akan pakai balik.Bukan akak yang pinta semua jadi macam ni adik :)

#Akak dah istiqamah ke belum dalam pemakaian niqab ni?
Alhamdulillah Allah telah bagi akak kekuatan untuk istiqamah dalam pemakaian niqab ni.Insyallah sampai bila-bila(,:

#Saya nak pakai niqab tapi mak ayah dan suami saya tak bagi.Macam mana?
Sayangku semua,Pakai niqab ini tidak wajib kerana muka bukan aurat,Tapi jika muka anda mengundang fitnah,jadi wajib pakai niqab,Kalau adik belum kahwin lagi dan masih dibawah tanggungan mak dan ayah adik,Kalau mak dan ayah adik tak benarkan adik pakai,maka janganlah pakai sebab syurga di bawah tapak kaki ibu kan?begitu juga dengan kakak-kakak kesayanganku sekelian kalau suami tak bagi,jangan pakai,tapi kalau adik dan kakak nak pakai juga,so kenalah terangkan kebaikan niqab dengan mereka sehingga mereka terima dan faham :)

#Macam mana penerimaan kawan-kawan akak?
Alhamdulillah setakat ni semuanya positif,one thing bila pakai niqab ni,orang akan hormati kita,Alhamdulillah betapa indahnya perasaan itu.Ramai yang memberi kata-kata sokongan pada akak,baik yang akak kenal rapat atau pon tidak,ataupon pembaca blog akak sendiri.Subhanallah!Banyak nikmat yang akak terima dari Allah,tapi biarlah akak rahsiakan sendiri. :)

#Macam mana dengan ehem ehem akak ?
Ehem ehem?... masih lagi kepunyaan Allah adik3.. jika Allah beri.. in sha Allah.. doakan walimahnya selepas habis belajar ini ya..Akak.Jika betul  jodoh akak maka akak terima,jika bukan maka akak redha.Kita semua nak cari bakal suami yang boleh membimbing kita ke syurga kan? ;)

#Macam mana saya nak jadi macam akak/adik?
MasyAllah adik dan kakak semua,janganlah jadi macam saya yang masih belajar dan baru ini,tapi jadilah lebih baik dari saya

#Saya nak pakai niqab.teringin sangat.Akak boleh tolong ajar saya?
Subhanallah.Sungguh hidayah Allah itu sangat cepat bagi orang orang yang dikehendakiNya!Insyallah akak boleh tolong adik.Insyallah muslimah berniqab semua pasti boleh tolong adik semua!Bukan akak je. :,)

Soalan-soalan lain biarlah akak simpan sendiri kot ye adik sayang,Ini adalah sekadar perkongsian.So adik dan kakak semua boleh refer disini sahaja dan boleh je kalau nak tanya saya soalan lagi.saya suka sangat dan saya suka dapat bantu muslimah semua dalam berhijrah.Insyallah :)

Firman  Allah swt yang bermaksud:

"Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang."

Lihatlah...! Renungkanlah..!!


Dan kepada kawan rapat,kawan baru,kawan laman sosial terima kasih syukran jazilan sebab bagi saya semangat dorongan dan sokongan.Saya hargai sangat-sangat :,)



Saturday, 9 February 2013

"...Kita Milik Allah Selamanya.."


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Allahu Akbar..Allah Maha Besar..Segala Puji Bagi Allah..Allah kekuatanku..Allah sandaranku..hanya Allah yang memahami dan mengerti segalanya tentang hati kerdil ini..

Sudah lama benar ruang maya ini dibiarkan tanpa sebarang titipan..kosong tanpa pengisian..tiap kali ingin berbicara, bagaikan terasa ada sesuatu yang tak kesampaian..lalu dibiarkan bicara yang ada berlalu sepi..

"hati ini bahagia..bahagia apabila meraskan segala yang ada adalah kepunyaan Allah swt..Hati &; jiwa ini milik Allah swt.."

Diri ini ingin melangkah tenang..tenang walaupun badai melanda.
Diri ini ingin tetap teguh..seteguh karang di lautan,
Diri ini ingin sentiasa memberikan senyuman,..
Diri ini sentiasa mahu menjadi hamba Allah yang taat..
Sentiasa bersyukur dengan apa sahaja kurniaanNya..
ALLAH..Rabbiku..Kecintaanku..
yang mengerti segalanya tentang diri ini...

24 tahun genap umurku tahun ni terasa baru sekejap rasa baru dilahirkan, , ..diri ini sentiasa bahagia dengan limpahan kasih sayangNya. Allah swt sentiasa mengurniakan kasih sayang buat diri yang kerdil ini...tak pernah kurang, cuma kadang-kala diri ini yang tidak benar2 bersyukur. Banyak khilaf & dosa, namun kasih sayang  Allah swt tetap tak pernah kurang..

Pantas nama Rabbi disebut..mencari hikmah & ketenangan dengan zikirullah.. mencari kekuatan dengan mengingat kembali kisah hidup wanita2 solehah pada zaman Rasulullah saw…
Hati ini milikmu Ya Allah.. Jiwa& kehidupan ini jua milik-Mu Rabbi… Hamba bahagia dengan kecintaan kepada-Mu… Cinta-Mu membuatkan hamba lebih mencintai seluruh kehidupan ini dengan seadanya.. Alhamdulillah…Segala Puji hanya untuk Allah…

Hati & Cinta Kita Milik Allah Selamanya…


Friday, 25 January 2013

SIBUK? APA MAKNANYA...



Bissmillahirrahmanirrahimm..

Assalamualaikum w.b.t..:



" Berbahagialah kamu, bila ALLAH memilih kita untuk SIBUK dalam urusanNYA,kita berusaha melawan nafsu lain dalam menyibukkan diri untuk terus mendekatiNYA. tersenyum bilamana org lain sibuk mengejar dunia,tetapi kita sibuk mengejar akhirat.. kita tidak rugi,malah tersangat beruntung..ALLAHU RABBI.. semoga kita sentiasa menjadi PILIHAN" ... Kata orang, jika sesuatu kerja hendak disiapkan, berikan kerja itu kepada orang yang sibuk. Eh, betulkah? Memang benar. Justeru orang yang sibuk sahaja akan menguruskan masa mereka dengan baik. Orang sibuk sahaja dapat memberi keutamaan kepada kerja-kerja yang banyak – mana yang utama, mana yang penting.
Tetapi sebelum itu, yang paling penting tanyakan diri terlebih dahulu, sibuk itu untuk apa? Sibuk atau buat-buat sibuk. Sibuk atau menyibuk? Sebagai muslim, sibuk kita mesti disebabkan kerana ibadah. Tidak kiralah ibadah asas, ibadah umum atau ibadah sunat. Atur sahaja kehidupan mengikut prinsip-prinsip ibadah, nescaya kesebokan kita berbaloi. Sebok kerana Allah.


( Nur Shafira Jamaluddin,2013)

Dalam kesibukkan melayan perasaan, hati tiba-tiba terdetik " Mashaallah! apa yang telah aku fikirkan ni.. belum tiba saatnya" .. kalian pasti pernah merasainya kan? :) hati2 dengan penyakit hati ni, sibuk melayan perasaan dlm mengingati ALLAH its ok .. sibuk kearah benda yang memberi kesedaran pada hati n diri tidak ada salahnya..:) baiklah, Sibukkah sekarang? sibuk tu apa ye..?

" keje banyak, xtau nak buat yg mana satu..esk da nak kena submit..alahaiiii"
" eh, aku sibuk skg.. tgh meeting..call sejam nati ok"
" maaf saya sibuk"

Statement diatas sering kali kita dengari kan? mmg lumrah manusia untuk sentiasa "sibuk" .. tetapi sibuk yang macam mana kita nak ,,biar dgn kesibukkan itu kita mampu menjadi seseorang yang dipandang ALLAH? sedikit perkongsian, insyaallah hrp kita mampu jdikan pengajaran..:)

1) Sibuk kearah menegakkan islam

tidak salah kita nak meeting, :) nak menegakkan islam perbincangan perlu dilaksanakan bersama2 dgn ahli jemaah yg lain, tetapi perlu ditegaskan.. lihat waktu, andai tibanya wktu solat, xsalah kan kalau kita solat berjemaah bersama2..:) dan sebagai leader/amir yg conduct perbincangan tu, boleh la selit2kan unsur tazkirah atau peringatan sesama kita.. supaya kita sdr tgjwb kita sbgai seorang khalifah..




2) Sibuk mencari nafkah yang halal

titikan peluh yg membasahi tubuh badan anda bakal menjadi saksi kerja keras anda kelak.. :) andai waktu yg anda habiskan itu digunakan untk mencari nfkah yg halal,insyaallah ganjarannya berlipat kali ganda..:) bagi ibu bapa yg mencari nafkah, carilah nafkah yg halal, kerana wang yg digunakan atau sumber yg digunakan untk membuat perbelanjaan hdup adlh slh stu benda yg penting dlm pembesaran anak2 anda.. andai wangnya halal insyaallah,perkembangan atau tumbesaran anak2 juga akan baik,..jika tidak, sebaliknya:) berhati2 dengan sumber rzki yg anda cri..

3) Sibuk mengejar cinta ALLAH

Alhamdulillah, sy sgt tertarik dengan kata2 ini..

" izinkan aku meraih cintaMU dalam perjalanan hidupku ini, aku tidak kisah waktuku dihabiskan dlm mengabdikan diri kepadaMU, kerana aku tahu tiada yg terindah selain cintaMU"

nak rebut cinta ALLAH bukan hanya setakat berdoa je , perlu disertakan dgn niat dan juga perbuatan.. :) xpe, biar org nampak kita sibuk,...  lebih elok "sibuk" Kat ALLAH kn? sebenanya sibuk dgn ALLAH ni boleh mengelakkan diri kita terjerumus dlm faktor2 negatif,sosial dan sebagainya.. :) contoh : kalau kita da set after isyak nak mengaji quran, maksudnya waktu itu kita sedang focus untuk mendekati ALLAH...berbanding dengan org lain yg after isyak nak buat date kat cafe atau kat mane2 .. sape lg rugi? boleh nmpkkan? :)

4) Sibuk menuntut ilmu

Yang ni ramai yg buat..:) alhamdulillah.. hampir separuh juta rakyat Malaysia khususnya y berjaya masuk ke IPTA/IPTS.. ini menunjukkan betapa malaysia mempunyai rakyat yg berdaya saing serta bijak menggunakan peluang..:) belajar tanpa niat ibarat menabur janji kosong yg tiada makna.. niat tu penting, kerana ia memandu kita bertemu dgn ALLAH.. andai niat kita lillahi taala, insyaALLAH, segala urusan akan berjalan dgn lncr, sebolehnya diwaktu yg diizinkan ALLAH ini untk menuntut ilmu kita gunakanlah dgn sebaik mungkin. yg mana kita rase boleh hold dulu, kita fikirkan kemudian.. :)

5) Sibuk memperbaiki diri 

selalu kita lupa untuk muhasabah diri kita kan.. balik kelas je,letih dan tido...bangun2 je buat asgmnt dan tgk citer..,then...habis semua tu smbung tido balik.. emm, mane mase untuk diri kita? yes,diri kita pun perlu ditarbiyyah oleh kita sendiri jugak..kalau kita tak mampu mentarbiyyah diri kita mana mungkin mampu mentarbiyyah yg lain right? :) lihat pada diri.. checklist apa yg nak di ubah.. contoh kalau dulu kita kuat ketawa,kita kurgkan.. kalau dulu kuat berbelanja,kita kurangkan..kalau dulu pkai bju ketat,kita longgarkan..n etc..^^ bukan waktu down je anda nak muhasabah diri ye, tapi tiap detik n saat.. ingt, apa yg kita lakukan tadi n sepanjang kita berjalan.. lihat org disekeliling kita..dan cuba belajar untk menjadi seseorang yg mampu memberi nasihat srta teguran dan kita juga boleh menerima tguran..:) jgn sibuk nak mengkritik,sedangkan benda itu kita buat.. mengkritik dan menegur berlainan caranya ye.. mengkritik mgkn mbuatkan seseorang mdh terasa,tetapi kalau menegur insyaallah mudah untk meresap ke dalam jiwa.. tiada slh kedua2 cara tadi,tetapi harus ingt,bijaklah menjaga perasaan org lain..

Stress, "tension", boring, adalah toksid baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah. Cari semula pangkal jalan dan tujuan hidup. Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini. Ingat kata Imam Safie, "peredaran masa adalah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya."...

syukran jazilan .. jazakallahu khairan kathiran..:) :) be a good muslim  :) ALLAH syg..<3

Saturday, 5 January 2013

Wanita Acuan Al-Quran

                                                     
                                                            Wanita Acuan Al-Quran.....

Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh 
Yang Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian 

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT


In sha Allah berkat Doa Ibu Dan Ayah... Terima kasih melahirkanku ..<3 

Tuesday, 1 January 2013

Diari Seorang Muslimah


           Untuk karya sulung di laman raudhah ini, tintaku membawakan cerpen mengenai diari seorang muslimah yang bergelar mahasiswi.. jiwanya sarat dengan kecintaan kepada Allah dan RasulNya..kehidupannya dilalui dengan penuh rasa tawadhuk dan kehambaan kepada penciptanya..sama-sama kita ambil ikhtibar dari kehidupan muslimah ini..moga-moga kita kita dapat mencontohi keperibadian yang digambarkan malah lebih lagi..Dari penulis, watak yang di ceritakan tiada kaitan dengan siapa-siapa, jika ada persamaan, ia adalah kebetulan semata-mata. atas kehendak Allah... 

 Zikir munajat dari handfonku menerjah di segenap ruang bilikku..Ia  menandakan pukul 5.00 pagi... Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami kembali..kubacakan doa ini agar ikatan syaitan yang memebelengguku segera terlerai.. Alhmadulillah,Allah masih mengurniakan nikmat usia buat diriku..syukur ya Allah..dengan bertambahnya hari seiring dengan berkurangnya usiaku malah semakin menghampiri ajalku..tekadku dalam hati,agar hari ini lebih baik dari semalam.. 

  kumulakan hariku dengan senyuman agar ku lalui hidupku dengan ceria..lantas ku bergegas ke bilik air untuk memebersihkan diri. Telah ku biasakan diriku untuk mandi sebelum fajar,kerna ku tahu banyak kebaikannya..usai memebersihkan diri, seperti biasa ku bentang sejadahku untuk bertemu kekasih Agungku..padaNya ku meluah rasa, berkongsi duka, melerai masalah, meminta jasa..ku mulai munajatku kepada Sang Kholik dengan tahajjudku, taubatku,hajatku,istiharahku dan ku akhiri dengan witirku.. menanti tibanya subuh,ku buka mashaf hijau kesayanganku, mengalun bait-bait cinta dari Sang Pencinta..betapa tenagnya jiwa..azan subuh sayup-sayup kedengaran, ku tutup mashafku untuk menunaikan solat subuh..sebelum itu ku kejutkan adik3 perempuanku untuk menyahut seruan azan ini..tidak ketinggalan, sunnat qabliyyah subuh ku dirikan, sepertimana  kecintaan Rasulullah terhadap  ibadah ini..ku cuba untuk mencintainya juga...usai solat subuh berjemaah bersama adikku ,ku buka mashaf hijauku sekali lagi,kali ini dengan tadabbur..ku hayati maknanya, agar kalam ilahi ini melekat di jiwaku agar dapat ku menterjemah kandungannya dalam kehidupan seharianku..ku pegang kata-kata murabbiku, salah satu cara untuk menjadi wanita solehah,hendaklah memulakan harinya dengan kalamullah,dan mengkhiri harinya dengan sunnah nabawiyyah.. 

              Aku membuka buku ilmiah,untuk persedian di medan usrah pada hari ini..usrahku bermula pada pukul 10 pagi, bermakna aku punya masa yang lebih untuk ku mengulangkaji beberapa madah..ku semak muqarrar yang bakal di ajarkan hari ini..agar ku lihat bayangan ilmu yang bakal di bincangkan oleh sahabatku..setelah itu,ku turun ke dapur untuk mengalas perut..ku  bancuh susu suam, bersama beberapa keping biskut..inilah menuku pagi ini..alhamdulillah.. Usai menunaikan solat sunat dhuha, aku melangkah ke Rumah Allah bersama sahabat-sahabat seperjuangan, sepanjang perjalanan menuju ke Rumah Allah, aku cuba memastikan agar masa kami tidak terbuang begitu sahaja, ku kongsi apa yang ku sempat pelajari pada pagi tadi..kami saling menukar ilmu tentang madah yang bakal di bincangkan .

 Jihad ilmuku di dewan usrah apada hari ini bermula.madah tafsir maudhu’i menjadi taruhan ilmu..ku mulakan dengan doa penerang hati dan surah al-insyirah agar mudah ku menerima mutiara-mutiara ilmu dari ustazahku..dengan bahasa melayu yang di gunakan sebagai bahasa pengantara,..namun ku yakin, dengan kesungguhan yang tinggi dan keikhlalasan yang mendalam untuk memperoleh ilmu, bagimanapun sukarnya, Allah pasti memudahkannya..bagiku,

   Bersama-sama sahabat-sahabatku,kami mengayun Langkah menuju ke kafeteria untuk mengisi perut..lapar rasanya setelah setengahari  mengutip mutiara-mutiara ilmu dari kalam-kalam pewaris sabda junjungan..ada yang berkata,belajar ini lebih memenatkan dari bekerja..betul ka??sejauhmana kesahihannya akupun tidak pasti..lebih kurang setengah jam kami menghabiskam masa di kafeteria, langsung menuju ke surau untuk solat zuhur..surau yang agak terhad tidak dapat menampung jumlah muslimah yang ramai..terpaksa bergilir-gilir masuk ke surau..semua ingin menyahut seruan  Ilahi..alhamdulillah,hidupku masih di kelilingi  biah yang islami berbanding sahabat-sahabatku yang berada di universiti lain..seharusnya ku bersyukur kerana dengan waki’ setempatku yang demikian,lebih mudah untuk aku menjaga imanku..

selepas menunaikan solat zuhur, aku menuju ke waqaf tempatku bersendirian mengarang karya2 penulisanku ..kali ini aku bersendirian kerana sahabat-sahabatku semuanya telah pulang ke rumah memandangkan kami berlainan perjalanan.ya, aturan yang Allah tetapkan buatku, ada ketikanya kena berseorangan..ku ingat kata-kata seseorang,hidup tidak harus berteman..ya, betul juga..bagiku,untuk berkeseorangan dalam sesuatu keadaan, aku tidak kisah,mungkin juga telah terbiasa..melihat kepada sahabat-sahabat yang lain tika ke mana-mana sering sahaja berteman,membuatku berfikir cara hidupku yang agak berbeza dari mereka..mencari hikmah yang aku sediri tidak pasti..sering kali aku di tegur oleh rakan-rakan, “sorang je ke??”..ku balas hanya dengan sekuntum  seyuman..di waqaf ini,ku belek helaian-helaian kitab usul fiqh..mengulangkaji apa yang telah di pelajari hari isnin yang lalu..salah satu madah yang paling ku gemari, nekadku,ingin mendalami bidang fiqh terutama fiqh al-mar’ah(fiqh kewanitaan) kerana golonganku di luar sana masih  ramai yang tidak tahu dan kurang ambil tahu tentang hal-hal yang berkaitan dengan fiqh kewanitaan.. teringatku pada mesej atau panggilan yang sering ku terima dari keluarga dan sahabat-sahabat handai di kampung yang bertanyakan tentang masalah  fqh, menjadikan ia sebagai taklifku untuk mendalami bidang ini..

satu kegembiraan yang sukar di gambarkan bilamana mendapat jawapan dari sesuatu persoalan..ku laksanakn solat asar berjemaah di surau.. diriku ditempatkan sebagai imamah pada waktu asar ini..usai solat,doa ku lantunkan doa-doa lazim..dengan setulus hati,lantunan doa buat insan-insan yang di sayangi khususnya dan seluruh imat islam amnya..doa khas buat prof, ku tadi agar dirinya sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan hidup dan segala yang terbaik menjadi miliknya..doaku tulus buatnya..terima lah doaku ini Ya Rabb..alma’surat ku capai..mengalunkan doa-doa yang di susun oleh Imam Hassan Al-Banna..wirid yang mejadi sebagian dari hidupku..

Monday, 10 December 2012

MUHASABAH SEORANG WANITA SOLEHAH ♫

              ♥ .:|:.  .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:.  .:|:.  ...





Jadilah seorang WANITA SOLEHAH....,


Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deen Allah,
Yang sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha Allah
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama para mujahiddah Allah

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat
Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang menghormati suaminya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan sunnah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Jadilah seorang WANITA SOLEHAH,
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesedaran
Kerana dia sedar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang WANITA SOLEHAH
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.



Jadilah seorang WANITA SOLEHAH
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan SYURGA ALLAH

Friday, 23 November 2012

Buat Pemilik Cintaku Allah SWT



Assalammulaikum wbt.. buat pemilik cintaku Allah taala yg menciptakan dunia yg sungguh indah bagiku.. sudah lama tidak ku coretkan pengisian blog, kerana kesibukan ku.  Sesungguhnya kasih sayang Allah padaku tidak berbelah bahagi , disaat ku sedang diuji,  ia sentiase berada bersamaku walau  setiap masa ,detik  dan saat.. saban hari dengan tazkirah  dan usrah yang menjadi aktiviti wajib sepanjang cuti semesterku ,entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan "Cinta Allah". Sesungguhnya "Cinta Allah" tidak mengecewakan, baru saya sedar bahawa dalam hidupku ini ada Allah untuk dicintai, Allah sentiasa menanti gan penuh cinta terhadap hambanya. Saya mula bertekad mencari cinta agung itu . Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir , dan ketika itu juga istiqamah terutamanya tahajjud . Namun menyedari ada rahsia cinta Allah di sebalik amalan- amalan itu , saya paksa agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya dan darah daging saya.  Kadang-kadang perasaan terusik dengan godaan dunia, namun akan ku capai mencapai mardatillahku untuk menghabiskan  pengajianku, itulah doa ibu bapaku dan mengharapkan kejayaanku. Ku tutupkan hati cinta manusia yg tidak pernah menjanjikan kebahagiaan padaku supaya satu saat nanti Cintaku yg ku alirkan  adalah untuk tulang rusukku yg  Allah dah tetapkan adalah seorang suami yang halal. Teringat kata abah, abah dah tua, hanya kejayaan yang abah mahu dari anak3- anak abah.. mengalir air mataku. Janjiku pada keluarga, akan ku tunaikan janji amanat yang ibu abah beri padaku menhabiskan pengajian , menumpukan pengajian demi masa  depan keluarga. Walau bagaimanapun , aku tetap sangat menghargai setiap insan yang sudi menyematkan dalam senarai pilihannya , sungguh aku terharu , masih ramai gadis yang jauh lebih  baik daripadaku namun aku yang sudi dijadikan pilihan . insyallh setelah ijazah pertama , aku akan lebih bersedia , memikirkan soal rumah tangga . Ketika itu , insyallah membuat pilihan dengan penuh keyakinan dengan redha Allah swt..
Mengapa dicintai bukan mencintai?
Cuba renungkan seketika, tatkala Allah membenci kita adakah kita mampu untuk beribadah kepada Allah? Tidak! Kerana segala amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Dia adalah atas rahmat, kurnia dan cintaNya terhadap diri kita bukan atas kudrat kita sendiri.
Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur". Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya.
Apabila seseorang hamba dicintai Allah maka dia akan diberi kefahaman agama oleh Allah. Itu sudah cukup bagi mereka untuk mendepani kegilaan dunia ini yang sering menduga dan menguji keteguhan iman. Dalam hidup mereka susah senang tidak menjadi isu, tetapi redha Allah. Di situ lah kebahagiaan akan tercipta.
Takdir yang menimpa akan diolah dengan seni jiwa kehambaan. Yang tampak indah akan diawasi agar tidak hanyut dan leka. Yang tampak berbentuk musibah dihiasi dengan kesabaran. Kesabaran itu suatu kurniaan yang paling besar untuk seorang mukmin. Satu hadis qudsi berbunyi, "Timpakanlah kepada hambaKu musibah kerana aku ingin mendengar mereka merintih kepadaKu"
Wajarlah saat kita berkata, "Kebahagiaan itu bukan dicari tetapi diraih!" Sesungguhnya terdapat seribu satu kebahagiaan lagi di sisi kita yang kita tidak sedar. Mereka tersembunyi dalam sudut hikmah dan ibrah. Hanya dapat disingkap oleh tingkah laku manusia Ulul Albab dan orang-orang mukmin.
Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyebut, "Bahawa orang-orang beriman itu tidaklah berasa takut dan bersedih hati." Kerana mereka insan yang mengenal Allah dan seluruh sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan tidak menduga-duga takdirNya dengan suatu kesan dan hasil yang buruk.



Friday, 19 October 2012

Saat mujahiddah...



Saat ku mujahiddah....
Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan kecantikan. Sungguh ironi, ianya dapat mendamaikan sekeping hati yang rawan.
Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan. Namun kesegaran itu hanya bisa terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita. Sungguh ironi, ianya dapat menenangkan hati yang terluka. 
Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya mampu terjelma setelah mendung yang menduga. Sungguh ironi, kerana  ianya mampu melegakan gelojak jiwa.
Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan?
Percayakah jika ku katakan hati itu adalah sangat keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan terbelah jua ianya. Demikianlah ku rasakan hatiku juga sungguh keras.
Kali terakhir air mata membelai pipi kira-kira 8-9 tahun yang lalu. Melihat orang menangis tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mungkin sebak, namun tiada istilah tangisan dalam hidup. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang ditulikan. Tuli dari merasakan getarnya amaran Allah dalam Al-Quran, tuli dari merasakan cinta pada Rabb dan Rasul.
Mungkin hati itu tidak pernah merasa apa itu cinta sebenar kerana ia telah tertutup untuk merasakan cinta pada Allah dan Rasul. Mendengarkan penderitaan Rasulullah dan Sahabat langsung tidak meninggalkan parut di hati.


"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapar azab yang amat berat"

(Surah al-Baqarah ayat 7)


Maka, apa lagi gunanya hatiku ini. Tidak mampu lagi merasa Kasih dan Sayang Allah padaku. Hati menjadi keras kerana noda-noda hitam telah membalutinya. 'Cirrhosis' jika mengikut istilah perubatan. Hati yang telah keras dan buruk sehingga menjejaskan anggota tubuh badan yang lain. Selayaknya menjalani pembedahan menggantikannya dengan hati yang baru. Teringat Firman Allah;




"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta"

(Surah al-Baqarah ayat 10)


Namun, di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku.. air mata lah yang menjadi suri peneman hidupku. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, air Mata juga lah yang menjadi penawar tiap kedukaan yang menyapaku. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ku cuba selongkar tiap hikmah yang tersirat di dalam ujian yang dihantarkan kepadaku.

Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di tengah jalan saat orang ramai di sepanjang jalanan. Saat berkurung dibilik, air mata berjurai laju. Saat ke kelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak bisa ternampak oleh rakan-rakan.

Allah itu Maha Mengetahui. Hati yang keras dan kalis tangisan, kini lebur. Begitu berat ujian yang diberikan Allah sehingga hati yang keras telah cair dibasahi tangisan. Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang lahir dari syaitan, menangisi masa depan yang tak mampu difaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu di depan mata, tapi tidak mampu merasainya.

Tangisan itu hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat.
Lalu dia bertanya padaku, "Untuk apakah dan siapakah tangisanmu sedangkan seharusnya tangisan mu di hadapan Allah?"
Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan " Untuk siapa kau rasa?" dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini?
Aku kembali teringat akan satu peristiwa dipagi hari, saat tidur di kamar sahabat tersebut, terjaga di sepertiga malam, terdengar sendu tangisnya di dalam tahajjud, cintanya bersujud menghadap Ilahi. Hati turut menjadi sayu mendengar sendunya, tetapi tertanya mengapa dia menangis? Aku bertanya padanya selepas itu " Mengapakah kau menangis?". Jawabnya, " Kerana aku merasa sungguh kerdil di hadapan Allah, maka aku menangis".
Mendengarkan jawapan tersebut aku terpana. Aku tertanya, jika tangisnya untuk Allah, maka untuk siapakah tangisku? Baru kusedar, tangisan ku hanya untuk dunia, maka ia tiada nilai. Pernah ku terbaca 
sebuah hadith Nabi dalam sebuah buku karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, " Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?" Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.

Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.
Betapa besar nilai sebuah tangisan yang belum kita faham. Jauh dari kefahaman itulah, air mata itu tumpah hanya sia-sia.
Kini baru kufahami hikmah disebalik ujian yang sangat berat yang telah kuhadapi. Allah ingin melembutkan hati yang telah keras. Hati yang perlu dibasahi dengan tangisan menghadap-Nya. Namun, Allah tidak membiarkanku lemas dalam lautan air mata dunia. Di datangkan seorang sahabat setia untuk mengingati yang terlupa walau selaut dosa kuhampar padanya. Bahawa sesungguhnya, tangisan itu hanya selayaknya untuk Allah sahaja. Sungguh Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani. Memberi ujian untuk hamba-Nya dalam segunung hikmah yang sukar difahami.

Maka, tanyalah kembali diri kita, kemana telah tumpahnya air mata kita?Adakah dihadapan Allah kerana takutkan dosa yang menggunung sedangkan amal tidak bertambah? Atau didepan dunia yang hanya sementara. Kiralah berapa banyak tumpahnya air mata untuk kekasih hati bila putus cinta? Kiralah betapa banyak air mata tumpah kerana kehilangan harta disayangi. Kiralah berapa banyak air mata tumpah mengenangkan ahli keluarga tersayang yang telah pergi. Kiralah berapa banyak air mata yang tumpah kerana perkara yang sia-sia. Kiralah air mata itu, walau selautan jumlahnya, namun tangisan itu tiada bermakna. Tidak bernilai disisi Allah Taala, kerana ia bukan tumpah kerana cinta dan kasih hanya kepada-Nya.
Di akhirat kelak, Allah akan mengurniakan sebuah bendera yang berwarna warni kepada golongan air mata yang tumpah hanya pada-Nya. Meraka akan berada dibawah panji-panji itu yang diserahkan kepada Nabi Nuh sebagai ketuanya.
Nabi Nuh As dipilih mengetuai golongan air mata kerana pengalaman hidupnya yang dipenuhi pelbagai kepahitan, kesengsaraan, ancaman dan tentangan. Tatkala Rasulullah SAW bersedih kerana perjuangan baginda yang sukar, Allah mewahyukan perihal Nabi Nuh, yang jauh lebih getir perjuangannya untuk memotivasikan Baginda dan para sahabat.
Dicelah-celah kegersangan hati dan sukma, basahkan lah ia dengan tangisan sebagai sebenar-benar hamba.. Alirkanlah ia dan persembahkanlah hanya kepada Allah semata. Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia. Kini biar la ia tumpah di medan perjuangan ini, bukan kerana sedih atau berputus asa, tetapi kerana mendamba kasih dan Rahmat Ilahi dan cinta baginda, Muhammad SAW.
 

Sungguh besar nilai sebuah tangisan untuk Ilahi itu, umpama besarnya seperti darah syuhada' dan dakwat para ilmuan. Tangisan yang lahir dari hati yang mendambakan Allah bukan mudah untuk datang. Maka, ku syukuri setiap ujian yang menduga kerana dengan ujian itulah hati yang keras menjadi lembut. Hanya dengan ujianlah membawa hati lebih ingat kepada tuhanku dan hanya dengan ujian hati ini sentiasa tenang dalam rahmatNya.


Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Mu"