Popular Posts

Monday 30 April 2012

Setelah kita Diijabkabulkan....

   ••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.´¨*•.••*.••*´¨*•.••*´*•.••* 
                                                           Bila dua hati sudah terjalin
                                                       Selamatlah pengantin kami doakan
                                                          Moga redha Allah bersinar selalu
                                                           Tanda bermula bahtera hidup

••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*.••*´¨*•.••*´*•.••*´
Menjadi impian setiap orang ingin menjadikan rumah tangga seperti syurga . Jika ia terjadi dalam realiti hidupnya , lahirlah kenyataan yg selama ini dalam angan-angan atau harapan semata-mata, sudah tentulah indahnya hidup. Namun rasa senang , tenang, bahagia dan harmoni meskipun dalam keadaan miskin, kalau bukan kerana ada kewajipan lain di luar rumah, rasa tidak mahu keluar dari rumah kerana segala yg diangankan2 selam ini ada di dalam rumah..akhlah mulia menceriakan dan membahagiakan rumah tangga bak bunga2 yg kembang mmeriahkan taman pada waktu pagi.  Itulah syiar Islam begitu terserlah, melihat isteri tenang hati kerana kesetiaannya , dan melihat suami senang hati kerana sikap tanggngjawabnya, melihat ibu dan ayah terasa kenyang . Jiwa yg kosong terasa terisi, jika tiadanya mereka berdua, terasa kekosongan, adanya mereka di tengah keluarga selesai segala masalah .... Itulah dia rumah tangga Islam . Rumah tangga yg menjadi syurga , itulah hasil perjuangan sepasang suami isteri muslim yg berkahwin kerana cita-cita Islam , untuk kemegahan Islam bukan kemegahan diri. Itulah syurga yg disegarakan sebelum syurga kekal abadi....

Setiap kenikmatan yg membantu terwujudnya kenikmatan pada akhir hubungan adalah kenikmatan yg dicintai dan diredai Allah swt . Penghadir kenikmatan itu akan merasakan kenikmatan dari dua segi . Pertama , perbuatan tersebut menyampaikan dirinya kepada redha Allah . Selain itu , akan datang pula kepadanya nikmah-nikmat lain yg lebih sempurn .( Ibn Qayyim al-Jawziyyah )

Kenikmatan lain yg dinukilkan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah , antara lain dapat menggambarkan melalui keterikatan dua hati yg berjanji membina baiti jannati ( rumahku syurgaku ) bersam. Menjadikan cinta Zulaikha dan Yusof , Balqis dan sulaiman , Khadijah dan Muhammad seta Fatimah dan Ali sebagai pemangkin untuk terus menjadi pencinta sejati terhadap pasangan yg dipilih   untuk menempuh gerbang perkahwinan bersama-sama.......Insyallah...

••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*.••*´¨*•.••*´*•.••*

Friday 27 April 2012

sekiranya Aku menjadi Pilihanmu.....


••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.
" Jadikanlah hati sentiasa berebut-rebut mahu bersedekah , berzakat dan berinfak . Cetuskanlah rasa cemburu andai terlihat orang lain banyak beribadat dan di tangan sering tersedia menyampaikan hajat . Bisikkan pada minda bahawa kita patut lebih banyak menghulur sebagai refleksi tanda bersyukur . Gandakanlah nilai kewangan dengan keberkatan kerana natijahnya ada jaminan besar di sisi TUHAN ."
••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.

                                                        
                                                       Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu..
••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•
Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redha_Nya ,bukan membuka jalan untukku melangkah ke Neraka.Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekuranganku,Nilai kembali niatmu,masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,aku mohon agar kau sandarkan niatmu,kepada yg menentukan ,aku pinta agar kau sentiasa dalam Istikharah,agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Sekiranya kau pilih aku menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah ,tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan Istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redha_Nya.

Sekiranya kau pilih aku dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,Ketahuilah,aku akan memilihmu kerana_Nya.
Saat itu apabila aku tertanya-tanya,kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana_NYA”

" Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba.

"Ya Allah, aku serahkan hatiku pada_Mu.. Jaga hatiku dan kembalikanlah padaku hanya bila Kau mengatakan bahawa dia lah yang terbaik untuk aku serahkan hatiku padanya...

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Melindungi dan Maha Memelihara...Peliharakanlah hatiku agar aku tidak salah dalam melabuhkan cintaku.. Dan bila aku menemui orang itu, tunjukkanlah aku jalan yang meyakinkanku bahawa dialah jodohku yang telah Engkau tetapkan untukku...bimbinglah aku agar rasa cintaku padanya tidak akan pernah berunsurkan nafsu semata dan agar cintaku sentiasa berada di landasan yang benar, mencintai untuk mendapatkan redha_Mu .

Ya Allah... Ya Rabbal Alamin, jika cinta ini memang bukanlah dari_Mu, dan bukanlah yg telah Engkau pilihkan untukku, maka jagalah hatiku dari tergoda, agar sisi putihnya hati dapat melihat isyarat itu dan terjaga diri ini dari sakit, kecewa dan cinta yg berlebih kerana hadirnya.

Jagalah hati ini agar hanya tertaut kepada cinta yg terpaut pada_Mu, berharap cinta ini tertawan, oleh yang hatinya telah tertanam untuk mencintai_Mu, kudambakan rindu yang hadir menyapa, hanya kepada insan yang merindukan sujud kepada_Mu.

Secuil fitrah cinta ini tak pernah mampu menerima cinta_Mu, meski sebesar zarrah. Maka biarkan cinta ini hanya berlabuh kepada cinta yang Engkau pilih dan halalkan untukku. Sesungguhnya hanya pada_Mu ku berserah..

Aamiin Ya Rabbal'Alamin ..

••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.••*´¨*•.

Saturday 21 April 2012

Saat manis menjaga bayi.....walaupun seketika..tapi penuh bermakna

                                                                      Adik...oh adik......

Alhamdulilh hari adik tak banyak meragam...amin.... bile pandang jer muka adik.. pasti aku akan tersenyum memandang wajahnya.. yg comel... apatah bile ana mengusik..terserlah kecomelannya.. rupenya budak kecil nak kita bermain , bercakap gan die.. baru rse dekat dihati.. sebenarnya die bukanlah adikku...tetapi anak yg ibuku asuh... rse dah macam adik sendri.. sebenarnya aku amat cintakan budak kecil.. sebenarnya dulu aku pernah impikan utk ade adik..alhmdulilh.. ibu ku bakal mendapat.. namun.. mgkin ia tiada jodoh dgn kami..ia dipanggil ilahi...mgkin bkn rezeki kami semue.. saat tuh rse sedih gak kt hati ini.. tp tentu ibu akan berasa sedih driku... tkpelah..ia milik Allah... tu lah semngat ku berkobar2 bile ade budak.. rse macam anak sendiri la plk..hehe...alhmdulilh..saat cuti ini aku berlajar cara2 mempratikkan memasak.. dptlah sikit ilmu dri ibu.. sambil tuh mnjaga adik.. yg comel.. cume yg mnjadi kesukaran adalah adik sukar nak tido.. suke ingin dipegang jer.. bile lihat adik..teringt mesti aku pun begitu jugak..menangis.. melalak... mesti sukar ibu dan ayahku menjagaku siang dan malam...maklumlah aku adalah anak sulung... hehe....

pengalamn ku bnyak memberi makna bgi ku... dan paling sye sukai adalah..bile nak tidokan adik..kite akan alukan zikir2 memuji kpde Allah.. alunan ghasidah...yg memikat htinye utk tido..alhamdulilh... Insyallah..impianku suatu hari nnti  utk menjadi isteri yg solehah dan ibu yg penyayang... setiap kali aku teringt..psti keinginan akan ade.. namun apa yg penting  aku perlu menghabiskan pengajianku dahulu... insyallah..itulah janjiku pde ibu dan ayahku...jodoh pertemuan semue urusan Allah swt.. jika ia jodohku..insyallah walau terdamparlah ke mne pun..pasti ia akan disatukan di masjid Allah swt.. dan doaku tidak putus2 supaya dipertemukan suami yg soleh yg dpt membimbingku dan ulama..yg mencintai mu ya allah melebihi cinta kpde manusia... subhannallah..itulah pilihanku..insyallah..one day...

Senyum..

Merupakan lukisan rahsia hati..


Tersirat seribu satu misteri..


Yang sukar untuk diungkap..


Senyuman yang terukir..


Cantik dipandang..


Sejuk hati melihat..


Namun senyum yang diberi..


Adakalanya palsu..


Cuba menutup kesedihan dan kekesalan di hati..


Kadang-kadang sering aku terfikir..


Sejauh manakah ikhlasnya senyuman yang diberi..?


Monday 16 April 2012

Doaku Agar Diberi Jodoh Terbaek



Bismillahirrohmannirrohim.....

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...

( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Aamiin )

Saturday 14 April 2012

Bila ini sujud terakhirku


Ya Allah..
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya                                                          
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi..
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman..
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim..
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..

Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin.

Friday 13 April 2012

Demi cintaku pada mu Ya Allah


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.




Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."


Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."


coretan ku ini adalah seorang wanita yang mahu kembali cinta kepada Allah..semoge ia dapat dijadikan iktibar untuk diriku dan sahabat2 ku.. aku doakan wanita tersebut mencapai ke jalan yg diredoi..iaitu cinta kepada Allah swt..dan yakin pasti saat nanti akan ditemukan dengan calon soleh yg dapat membawa ke syurga , dan menjadi pemimpin dalam mendidik ulama..insyallah..salam sayang dari ana buat kalian..Assalammualaikum...



ღSebelum Engkau Halal BagiKu IIღ

 

Duhai insan yang ku cintai karena-NYA.....  

Pernahkah kau berpikir bahwa di
ku
pernah ada sejuta harap padamu,,
Aku selalu berharap.....
Suatu saat nanti ,
Kau dan Aku
bisa bertaut dalam ridha-NYA,,,

TAPI....

Demi-NYA ku tinggalkan dirimu,
untuk sementara waktu,entah sampai kapan,
Walau diri ini,
Sukar untuk melupakanmu...

Antara engkau dengan-NYA
DIAlah segala-galanya.....

Biarlah kita berpisah dahulu,
membawa hala dan tujuan masing-masing
menggapai cita-cita....

Bila tiba saatnya nanti,
dan ALLAH meridhoinya
kita pasti kan bersama,,,,

Disaat itu aku akan sedia menerimamu,
Sebagai teman hidupku....
Dunia dan Akhiratku,,,,,

Aamiin ya Rabbal'alamiin...

semoga bermamfaat....

Salam santun ...untuk ukhuwah.

senyum ^_^

Ya Allah....kirimkan dia untukku...




Aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu 
rebah atau tersungkur di medan kehidupan ini... Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mengasihiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga... Buatmu yang baik hati... permintaanku tidak banyak, cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi... Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak...





Ya Allah..

Kirimkanlah dia untukku..
Dia yang menenangkan hatiku..
Dia yang selalu menjaga keimananku..
Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku..
Dia yang selalu mengajariku bagaimana aku harus bersabar..
Dia yang membuatku menangis karena takut kepada-Mu..
Dia yang Menjaga Agama-Mu..
Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya..
Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya.,..
Dia yang tak pernah meninggalkan sholat..
Dia yang selalu berbicara sopan..
Dia yang selalu bijaksana..

Jika dia adalah pilihan-Mu,
Datang atas redha-Mu,
Yang akan mampu mendekatkan cintaku pada-Mu,
Maka, satukan hatinya dan hatiku.
Dalam janji ikatan suci,
Bersama ijab dihadapan wali dan saksi..

                            Aamiin Ya Allah Ya Rabbal ‘Alamin.

Tuesday 10 April 2012

Hidupkan Solat Dalam Keluarga



Hari ini aku ingin kongsikan sebuah cerita mengenai.. seorang hamba Allah.. yg dapat aku jadikan teladan utk driku dan sahabat2 lain.. Walau ia nmpk remeh..tapi itulah hakikat yg perlu kite renungkan dalam keluarga kita.. Hari ini kelihatan mendung , begitu juga suasana di mahkamah syariah di sebuah negeri . Benarlah pepatah melayu yg mengaitkan mendung dengan peristiwa pahit dalam kehidupan . Kelihatan ramai orang yg begitu mendung hidupnya sedang berurusan di mahkamah syariah hari itu. Namun aku hnye memerhatikan beberapa kajian kes yg sedang berlangsung, mgkin untuk ku jadikan kajian kes ku kelak...Tetapi yg satu ini benar2 mencuit emaosi dan minda saya . kes permohonan penceraian secara baik . Aku tekun mendengr susana yg sedang berlangsung... hajatku..hnye ingin menemani kawanku..utk dijadikan tesis, namun semakin lme aku berada disitu menarik htiku...


" Saya ingin bertanya soalan peribadi. Adakah kamu menunaikan solat ? Hakim bertanya kpde suami wanita tersebut . " Tidak Yang Arif , jawabnya jujur , sudah lima bulan saya tidak menunaikan solat.. jawab lelaki tersebut penuh dgn jujur... " Bagaimana pula dgn isteri kamu ? soal hakim kepada suami wanita terbabit ..  " Dia jarang solat, saya pula tidak menyurunya, si suami mengakui kelemahan . Saya yang menjadi pemerhati , berfikir pnjg sambil mendengar tazkirah daripada Hakim Syarii  untuk pasangan tersebut .Ketegasa hakim mengendalikan perbicaraan kes di mahkamah memang boleh mematikan pelbagai kritikan terhadap institusi mahkamah... Aku tertanya2 dalam mindaku, bagaimana seseorang yg tidak mempunyai akauntabiliti kpde Allah boleh bertanggungjawab terhadap manusia lain seperti isterinya ? bagaiman seseorang yg tidak bertanggungjawab terhadap drinya sendiri iaitu gagal menunaikan kewajipan solat boleh melaksanakan tanggungjawab terhadap manusia lain seperti isterinya . ? aku bertnye lgi dlm mindaku bagaimana seorang yg sedang berserabut dengan pelbagai masalah hidup dapat meleraikan segala kekusutan hidupnya jika jarang sekali berkomunikasi dengan Allah ? pelbagai persoalan muncul bersama getusan hatiku....emmmm . aku tersedar dri lamunan apabila mendengar hakim memulakan hujah terhadap pasangan tersebut, " kamu setuju jika saya katakan bahawa kehancuran rumah tangga kamu disebabkan kegagalan kamu dan isterimu kamu dalam menunaikan solat ? akhirnya mereka mengangguk setuju.....pendapat ku krisis rumah tangga muslim yg meruncing pada masa kini adlah percikan krisis keimanan dan ia tidak terhad di Malaysia sahaja . Puncanya adalah satu kelemahan manusia untuk menjadi hamba yg bertanggungjawab terhadap perintah tuhannya ....Perintah yg paling mudah dilanggar adlah meninggalkan solat. Apabila solat tidak lagi mengikat dan memandu hidup mereka , tiada apa-apa makanan untuk jiwa yg gersang dan akhirnya dirantai pelbagai masalah dan cabaran..Malah dosa lain akan lebih mudah dibuat selepas solat ditinggalkan .... Nauzubillahminzalik... Ya allah permudahkan urusan ku..dalam meniti kehidupan... Akhirnya persidangan bersambung minggu hadapan.. akhirnya aku meliht..terdapat wajah sunggul terhadap pasangan tersebut..semoge mereka mendapat hidayah..dan jdikan ia sebagai iktibar... akhirnya aku pulang ke rumah sambil mengenang betapa susahnya hakim mengendalikan sesebuah keputusan.....

Saturday 7 April 2012

Kejayaan yg ku nantikan....


                                                Umi dan Walid yg ana cintai....love you ...



Termenung aku mengenangkan nasib yang tidak pasti
Hari-hari yang  aku lalui
memperlihatkan aku
Sebagai seorang yang berjaya
Juga penantian ayah dan ibu
Yang ingin melihat aku sebagai anaknya
Pulang dengan kejayaan
 yang bermakna

Tapi aku kini
Dalam teka-teki dan keraguaan
Apakah aku dapat
Membalas pengorbanan mereka???
Dengan membawa pulang kejayaan
Dalam keadaan aku ini
Yang hanya menghitung hari mendatang
Tanpa sebarang usaha dan tindakan
Tanpa sebarang doa dan tawakkal??
oh tidak...

Mungkinkah
Aku akan pulang dengan kejayaan
Dengan iringan titisan airmata ayah ibu
Yang jatuh ke bumi
Melihat anaknya pulang
Membawa kejayaan
Yang diidam-idamkan
Oleh semua insan

Bermula hari ini
Saat ini
Aku berjanji
Membawa kejayaan
 untuk ibu dan ayah
Juga untuk diriku sendiri...
(Insyaallah)
Doakan aku wahai kawan-kawan..

Sajak Cintaku Kepada Allah....

Ya Allah ......Kuatkanlah kami bermuhajadah, Mendambakan Cinta-Mu yg terindah,Cinta manusia hanyalah Wasillah , Menagih rahmat dan maghfirah.......






Kalau seseorang itu merasakan ianya hanya seorang
Tandanya ia belum mengenal Tuhannya
Kalau kenalpun…. tapi tak cinta
Kalau tak rasa cinta….. alamat jauh di hati jauh di mata.

Allah yang menciptakan setiap orang
Sama ada yang dibenci atau yang disayang
Allah yang ciptakan benci dan sayang
Allah yang menjadikan dirinya rasa seorang
Apabila ia tak kenal pada Pencipta seseorang.

Allah maha pencipta segala-galanya
Apa yang dipinta semuanya boleh diberi
Tapi manusia " kenapa ?..tak percaya..."
Rugilah ,rugilah dan terus rugi.

Kalau kita cintakan seseorang
Pasti kita ingin bertemu selalu
Kalau kita cintakan Allah…
Bertemulah selalu dalam zikrullah.
Bertemulah selalu didalam solah
Bertemulah selalu di rumah Allah
Berpegang teguhlah kepada Al-Quraan dan As Sunnah .